Haa..mesti you all nervous, kan? Rileks , Qiss! akan bantu you all yang bakal menghadapi first date dengan seseorang yang istimewa. Mari kita lihat apa perkara yang perlu dihindari semasa first date you all supaya tidak gagal.
1. Talk To Much
You all perlu sedar, first date adalah saat you all saling mengenali antara satu sama lain.Oleh kerana you all pertama kali berjumpa, keadaan perlulah tenang dan selesa. Jika you all bercakap tanpa henti , sudah tentulah dia rasa kurang selesa. Ia akan kelihatan seperti memaksa dia untuk kenal diri you all sesekali bagilah peluang dia bercakap pula.Barulah adil, kan.
2. Komunikasi Dua Hala
Bila dia sedang bebicara, pandang kat matanya. Jangan malu untuk melihat ke matanya kerana tu antara cara komunikasi yang baik. Bila you all pula bercakap, pastikan dia tidak memandang ke arah lain, bermain dengan telefon , membaca mecej dan sebagainya. Ia akan mencacatkan perbualan you all.
3. Over Expose
Jangan sesekali menunjuk-nunjuk kelebihan you all yang boleh membuat dia rasa serba kekurangan. Berpada-padalah dalam sebarangan percakapan you all. Takut nanti dia anggap you all berlagak pula. Berkongsilah cerita antara you all . Seronok bila kita dapat berkongsi idea dan pendapat sebab manusia mempunyai pendapat masing-masing yang berlainan. Sharing is caring,caring is loving, kan? =)
4. Simple Topic
Perkara yang perlu diperbualkan antara you all dengan dia pula tidak seharusnya cerita yang berat. Contohnya, hal-hal politik dan masalah ekonomi dunia. Manalah tahu, dia seseorang yang anti-politik, tak pasal-pasal dia tinggalkan you all sorang-sorang kat situ. He..he..he.. Berbuallah perkara yang berkaitan pelajaran , hobi , keluarga dan sebagainya.








No comments:
Post a Comment