glitter

Wednesday, July 10, 2013

Dia sahaja yang mampu membuat aku tersenyum macam kerang busuk -,-



Hallo..ada orang tak? hehe..hari ini hari khamis dah nak masuk 2 hari kita puasa tinggal 28 hari je lagi kita nak raya right? haha but bukan tajuk ni yang saya nak cerita.. ada baca tak tajuk ? "Dia sahaja yang mampu membuat aku tersenyum macam kerang busuk -,-" haa..apa benda tu..okay2 saya translate balik..nampak tak gambar dekat atas tu? okay dia ni CRUSH saya..but jangan bagi tahu dia tau..takut dia marah je :3 umm kalau waktu saya sedih je..mesti dia akan muncul..and selalu pesan.. jangan sedih..X3 kadang2 kita tersenyum sorang2 macam kerang busuk..macam saya cakap kan tadi..yela siapa yang tak senyum kalau orang bagi semangat ke..apa ke kan? kalau orang tengah bercinta pun senyum sorang2 juga kan? kadang2 mesej dengan Boyfriend/Girlfriend mahu tak senyum sorang2..sampai cover malu depan family bila ditegur sebab senyum sorang2 kan? macam saya juga la..tiap2 hari IM dengan dia..kadang2 dia buat saya happy..kadang2 dia buat saya sedih..tapi kebanyakkan dia selalu buat saya happy..saya cuma takut kehilangkan dia je..sebab saya dah mula sayangkan dia..hurm.. i just wanna say I LOVE YOU SO MUCH!.. Fullstop!!! ByE muahh hehe itu jee

10 Tanda Lelaki Itu Seorang Yang Romantik

 
10 Tanda Lelaki Itu Seorang Yang Romantik
1. Lelaki yang romantik biasanya akan mengucapkan sayang kepada pasangannya lebih dari 7 kali sehari.
2. Lelaki yang romantik biasanya akan memeluk isterinya lebih dari 7 kali sehari.
3. Lelaki romantik biasanya akan mendahulukan pasangannya untuk membuat sesuatu sebagai contoh mendahulukan pasangannya makan atau minum dahulu. Memegang konsep lady’s first.

4. Lelaki romantik amat kreatif dalam memberi kejutan kepada pasangannya. Sebagai contoh, suka memberi hadiah sebagai tanda ingatan, suka menyatakan rasa sayang pada saat-saat romantik, suka mengajak pasangannya ke tempat yang tenang dan indah.
5. Lelaki romantik biasanya kurang berkata-kata, tidak mengeluarkan kata-kata yang berbunga-bunga dan tidak mengabui mata wanita dengan kata-kata yang indah.
6. Lelaki romantik selalunya ikhlas meminta maaf jika membuat kesilapan kepada pasangannya.
7. Lelaki romantik biasanya taat beragama dan selalunya menganggap cinta adalah suci dan kesucian harus dipelihara.
8. Lelaki romantik tidak akan mengambil kesempatan terhadap kehormatan wanita. Sebaliknya menjaga kehormatan dan amat menghormati wanita.
9. Lelaki romantik biasanya akan merenung mata pasangannya ketika pasangannya berkata-kata.
10. Lelaki romantik selalunya suka memuji akan kecantikkan pasangannya. Pujian yang diberikan selalunya ikhlas dan dinyatakan pada waktu yang bertepatan.
10 TANDA LELAKI ITU SEORANG YANG ROMANTIK
jadikan hidup biar sedap seperti kata Saya


Aku Sayang Kamu, Aku Cinta Dia



Dalam meniti arus percintaan
Aku terperangkap
Dalam mainan hatiku
Dalam mainan takdir

Kerana takdir aku berpisah dengannya
Kerana takdir jua aku bertemu kamu
Tapi hati aku masih keliru
Kerana aku rasa
Aku sayang kamu, tapi aku cinta dia

Maafkan aku kerana…
Aku masih menyintai dia
Aku masih menyingati dia
Aku masih berhubung dengan dia
Aku masih merindui dia
Aku tahu takdir telah tersurat
Dia bukan milikku
Dia hanya kenangan silamku
Dan Kamu adalah hidupku kini
Cuma aku belum pasti dengan hatiku sendiri

Beriku masa, beriku ruang
Untuk mencari sejauhmana
Hatiku menyayangi kamu
Menyintai kamu
Tolong fahamiku….sayang

Fake Relay?



Assalammualaikum..semua yang sudi membaca blog ni..um Firstly, tajuk Blog ni ialah FAKE RELAY? kenapa dengan fake relay? okayy now apa yang saya nak bagitahu..korang ada nampak kan? gambar dekat atas tu..okayy . nama dia Wan Asmawi Akmal..dia friend Facebook saya..saya ada buat fake relay dengan dia..tapi mesti korang hairan kan apa motive ni sebenarnya right? haa..relax3 haritu..dia ada ajak saya buat relay..tapi saya confuse relay macam mana yang dia nak? lepas tu saya tanya dia balik..awak nak Real atau Fake? dia tanya saya soalan yang sama..dalam beberapa minit..dia kata dia nak buat fake relay dengan saya..saya terima laa dia..



Saya pon rasa hairan juga..kalau fake relay kita hanya nak tengok KOtak relay kita ada kan? tapi fake relay kami tak macam tu..umm korang pernah tengok cerita HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) tak? okay dorang ada sebut kan Cinta Platonik right? apa maksud Cinta Platonik? maksud Cinta Platonik ialah..ibarat macam kita mempunyai perasaan cinta,kasih sayang and blaa bla...tapi hanya sekadar kawan..itu maksud Cinta Platonik..kitaorang hanya kawan..tapi dalam hati..siapa yang tahu kan? hehe

Kitaorang baru kenal je..tak lama pon..tapi saya ada la juga perasaan jeleous tu..sebab walaupun just fake tapi saya anggap macam real..saya dah anggap dia macam pakwe saya..sebab apa saya kata macam tu? sebab dia seorang yang Caring, Sweet and Pandai ambil hati..saya beharap dia takkan tinggalkan saya hehe..umm itulah cerita .*Cut malas nak TAIP banyak2 :*



Tuesday, July 9, 2013

Hubungan Cinta Antara Puteri Awani Ahmad Dan Huzairi Yahya (ERY) Sudah Putus


Pastinya anda pernah menonton video berani mati atau setidak-tidaknya ada mendengar tentang seorang budak perempuan yang memuat naik video kapel seminggunya.
Nampaknya setelah video yang menjadi kritikan ramai itu tersebar, hubungan cinta antara Awani dengan Ery telah sampai ke titik noktah. Ery atau nama sebenarnya Huzairi Yahya menimbulkan rasa insaf terhadap apa yang berlaku.
Dan bagi pihak Puteri Awani juga melalui blognya puteriawaniahmad ,beliau juga ada menyatakan kekesalan dan memohon maaf diatas tersebarnya video yang menjadi bahan ejekan dan kutukan ribuan rakyat Malaysia yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan yang dianggap kurang sesuai.


Tak perlulah adik nak menyalahkan sesama sendiri terhadap apa yang berlaku. Sila ambil iktibar untuk dijadikan pedoman hidup adik-adik yang sepatutnya fokus pada pelajaran adik-adik.Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ery iaitu kekasih Puteri Awani.

Nasihat admin kepada Puteri Awani dan sesiapa sahaja yang seusia dengannya atau dengan kata lain masih dibangku sekolah,teruskan perjuangan dalam mengejar ilmu,penuhilah harapan ibu bapa yang sudah semestinya mengharapkan agar tiap anak mereka berjaya dalam pelajar.Sudah berjaya dalam pelajaran nanti in sha allah cinta itu akan datang dengan sendirinya.
Renung-renungkan dan selamat beramal.